‘Kejutan Menteri Pendidikan tak menjadi’

‘Kejutan Menteri Pendidikan tak menjadi’

HASRAT Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek membuat kejutan untuk melawat ke Sekolah Kebangsaan (SK) Semenyih secara diam-diam, tidak kesampaian.

Ini kerana kehadirannya dapat dihidu warga sekolah lamanya, hari ini.

Menerusi ciapan di Twitter, Fadhlina berkata lawatan mengejut itu sebagai mengenang kembali jasa semua guru di sekolah itu yang mendidiknya.

“Kejutan saya tidak menjadi. Guru-guru lebih cekap menghidu kehadiran saya.

“Saya memulakan pendidikan rendah di SK Semenyih.

“Ibarat sirih pulang ke gagang, saya kembali kali ini dengan rasa rendah jiwa mengenang jasa semua guru yang mendidik saya,” ciapnya.

Ketua Wanita PKR itu dipilih Menteri Pendidikan dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Parlimen Nibong Tebal itu mengangkat sumpah jawatan, Sabtu lalu dan memulakan tugas secara rasmi di kementerian itu, semalam. – Malaysiapost

Komen