Serangan gajah: MB Pahang minta penduduk ambil langkah berjaga-jaga

Serangan gajah: MB Pahang minta penduduk ambil langkah berjaga-jaga

MENTERI Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menasihati penduduk di sekitar Kampung Simoi Baru di Pos Betau di Lipis mengambil langkah berjaga-jaga susulan insiden serangan gajah, awal pagi tadi.

Wan Rosdy berkata, beliau telah mendapat makluman insiden itu yang mengakibatkan seorang penduduk wanita terkorban.

Katanya, beliau telah berhubung dengan pihak berwajib untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membuat tindakan susulan sewajarnya.

“Saya berharap agar seluruh keluarga mangsa serangan gajah ini sabar dan tabah menghadapi dugaan ini.

“Saya turut menasihati pagar penduduk di sekitar kawasan POS Kg Simoi supaya mengambil langkah berjaga-jaga untuk keselamatan diri dan keluarga,” katanya menerusi Facebook.

Dalam kejadial awal pagi tadi, seorang wanita Orang Asli maut selepas dipijak seekor gajah liar dalam kejadian di Kampung Simoi awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 4 pagi itu ketika Wak Angkat Yok Tong dipercayai meninggal dunia dalam cubaan melarikan diri selepas rumahnya diserang sekumpulan gajah.

Ketua Polis Daerah Lipis Superintendan Azli Mohd Nor berkata, siasatan mendapati mangsa tinggal bersama keluarganya di sebuah rumah kayu berdinding buluh dikelilingi pokok pisang dan getah.

“Mangsa bersama lapan sekeluarga sedang tidur di dalam rumah apabila dikejutkan secara tiba-tiba apabila gajah itu mula merobohkan dinding rumah.

“Penghuni rumah itu kemudiannya melarikan diri ke kawasan sekitar dan selepas haiwan itu beredar, mereka berkumpul semula berhampiran rumah sebelum menyedari Wak Angkat hilang,” katanya. – Malaysiapost

Komen