Asri Hamidin dicutikan, KSP baharu baharu diumum tidak lama lagi?

Asri Hamidin dicutikan, KSP baharu baharu diumum tidak lama lagi?

KETUA Setiausaha Perbendaharaan baharu dijangka akan dilantik tidak lama lagi bagi menggantikan Datuk Seri Asri Hamidin.

Malah, ketiadaan Asri ketika majlis sambutan hari pertama Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi semalam, menguatkan lagi spekulasi itu.

Ketika sidang media selepas program taklimat dengan Perdana Menteri yang dihadiri pegawai kanan Kementerian, Anwar turut menyebut perbincangan mengenai kedudukan penasihat kewangan negara dengan KSP baharu.

Beliau yang diminta mengulas mengenai kedudukan penasihat khas kewangan yang diketuai Tan Sri Mohd Hassan Marican, menyatakan sebarang perkara termasuk keahlian dan akses terhadap maklumat kewangan negara akan dibincangkan dengan pegawai kanan kementeriannya serta KSP yang baharu.

“Saya perlu berbincang dengan Tan Sri Hassan mengenai syarat serta keutamaan.

“Dan sudah tentu kami akan merujuk berbincang dengan pegawai kanan berkaitan dan KSP baharu,” katanya.

Bagaimanapun, Anwar tidak menyatakan siapa KSP baharu itu. Manakala hantaran melalui akaun Twitternya juga tidak menyebut mengenai KSP baharu.

Difahamkan, Asri, 56, yang sudah dicutikan dilantik pada 2020 tidak lama selepas Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz mula menerajui Kementerian Kewangan di bawah pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin. – Malaysiapost

Komen