Bantu pesawah miskin: Saya terbuka terima cadangan lebih baik – PM

Bantu pesawah miskin: Saya terbuka terima cadangan lebih baik – PM

DATUK Seri Anwar Ibrahim menegaskan, beliau terbuka jika ada pihak lain ingin menyanggah usaha kerajaan membantu pesawah miskin.

Malah Perdana Menteri meminta pihak tersebut mengusulkan alternatif.

“Tumpuan kita saat ini adalah menggunakan kuasa untuk membela kepentingan rakyat, terutamanya pesawah miskin.

“Saya terbuka menerima cadangan yang lebih baik,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Semalam Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dilapor berkata, Anwar hanya berani menegur Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, berbanding tokoh korporat terkaya di Malaysia yang lain kerana beliau Melayu dan mudah dibuli.

Perdana Menteri sebelum ini berkata kerajaan pimpinannya akan meneliti isu monopoli import beras yang dikuasai Syed Mokhtar.

Kerajaan juga, kata Anwar, akan meneliti keuntungan Syed Mokhtar yang membeli pegangan Bernas milik Tan Sri Tan Boon Seng dengan harga RM800 juta dan Datuk Seri Shahidan Kassim (RM400 juta). – Malaysiapost

Komen