JPM kesan hantaran palsu di media sosial sebar fitnah terhadap PM

JPM kesan hantaran palsu di media sosial sebar fitnah terhadap PM

JABATAN Perdana Menteri (JPM) memaklumkan terdapat hantaran di media sosial yang menggunakan akaun palsu untuk menyebar fitnah terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam satu kenyataan di laman Facebook rasminya, JPM merujuk kepada ciapan di Twitter bertajuk ‘Pengiktirafan UEC akan dibincangkan diperingkat Kementerian dan usul ini akan diluluskan kelak oleh Kerajaan Perpaduan selaras dengan manifesto Pakatan Harapan’.

Menurut JPM, maklumat melalui akaun media sosial tersebut adalah palsu.

“Orang ramai diminta agar tidak menyebarkan atau berkongsi sebarang maklumat yang tidak pasti atau palsu.

“Sila rujuk kepada akaun media sosial rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berita sahih,” menurut kenyataan itu.

JPM turut memuat naik tangkap layar hantaran palsu berkenaan bersama hantaran sebenar di laman Twitter rasmi Perdana Menteri.

Senarai pautan sebenar laman sosial Perdana Menteri juga dikongsikan bagi memudahkan rakyat mendapatkan berita yang sahih. – Malaysiapost

Komen