Masalah rakyat jadi keutamaan kerajaan perpaduan – Tengku Zafrul

Masalah rakyat jadi keutamaan kerajaan perpaduan – Tengku Zafrul

MASALAH rakyat sentiasa menjadi keutamaan kerajaan perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) itu berkata, perkara itu diingatkan Perdana Menteri kepada semua anggota Jemaah Menteri hari ini.

“Alhamdulillah, usai sudah Mesyuarat Kabinet kali pertama di bawah kepimpinan Kerajaan Perpaduan yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri.

Sepertimana yang diingatkan YAB PM, we have to hit the ground running. Masalah rakyat sentiasa menjadi keutamaan.

“InsyaAllah, MITI akan sentiasa meningkatkan usaha untuk mengukuhkan ekonomi Malaysia,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Mesyuarat Kabinet berlangsung di Putrajaya hari ini yang turut dihadiri kedua-dua Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi serta Datuk Seri Fadillah Yusof. – Malaysiapost

Komen