Proses undi di Parlimen Padang Serai, DUN Tioman lancar – Polis

Proses undi di Parlimen Padang Serai, DUN Tioman lancar – Polis

PROSES mengundi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di Parlimen Padang Serai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman berjalan lancar setakat ini.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Hazani Ghazali berkata, polis tidak menerima sebarang aduan dan masalah di kedua-dua tempat mengundi itu.

Katanya, beliau percaya pengundi di kedua-dua kawasan itu sudah matang dan berdisiplin menghadapi situasi hari mengundi.

“Keadaan sangat terkawal di dua kawasan Padang Serai dan DUN Tioman yang sedang menjalani proses undi sejak 8 pagi tadi.

“Malah, anggota yang ditugaskan di dua lokasi pengundian itu juga mencukupi malah, kami turut sediakan pasukan sokongan sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan selepas ini,” katanya.

Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan seramai 132,955 pengundi berdaftar akan mengundi di Parlimen Padang Serai manakala seramai 28,108 pengundi lagi akan mengundi di DUN Tioman, Pahang, hari ini. – Malaysiapost

Komen