Dana politik PN: Dari mana sumbernya?

Dana politik PN: Dari mana sumbernya?

TULAR video baru-baru ini berkenaan seorang lelaki (berpakaian seperti lebai) yang hanya mengagihkan duit pengundi luar jika pengundi tersebut berikrar mengundi PAS yang merupakan sebahagian dari Perikatan Nasional (PN).

Rakaman ini benar-benar mengejutkan kerana sebelum ‘berkahwin’ dengan Bersatu, PAS terkenal dengan ‘parti tin milo’ mengutip derma orang ramai untuk setiap ceramah mereka. Timbul spekulasi. dari mana lambakan dana ini datang?

Musuh-musuh politik mula menghurungi PN. Terbaru, tuduhan-tuduhan online berkaitan dana RM600 juta mula berlegar-legar di media sosial.

Baru-baru ini kita dikejutkan lagi dengan khabar angin berkaitan siasatan untuk procurement yang dijalankan semasa Covid-19 di bawah PN dan Perdana Menteri daripada Bersatu.

Skandal ini bukanlah luar biasa kerana United Kingdom sendiri pernah digegarkan dengan skandal Menteri Kesihatan mereka mengagihkan kontrak barangan yang diperlukan untuk melawan Covid-19 kepada rakan-rakan parti konservatif yang memerintah.

Namun, tuduhan musuh politik yang mampu membimbangkan negara dan merencat pembangunan negara ialah tuduhan kontraktor 5G iaitu Ericsson yang pernah didakwa Ahli Parlimen pembangkang ketika itu sebagai terpalit kerana skandal rasuah di luar negara.

Ericsson dibawah seliaan DNB milik penuh Kementerian Kewangan dengan penyertaan syarikat telekomunikasi terbesar negara sedang menjalankan tugas yang baik memastikan negara melaksanakan teknologi 5G pada kadar segera dan tidak lagi ketinggalan berbanding jiran akibat tiga kali pertukaran Perdana Menteri sejak 2018.

Rakyat Malaysia perlu bangkit dan menggesa sebarang bentuk campur tangan pentadbiran baru terhadap pelaksanaan 5G Malaysia yang ternyata lebih adil dan saksama untuk kawasan-kawasan luar bandar tidak maju walaupun atas alasan politik yang tidak munasabah seperti rasuah. DNB dan Ericsson sendiri memberi komitmen dalam penyertaan bumiputera.

Takkan lah asalkan Melayu Islam sahaja, mesti mudah dituduh rasuah?

Awang Tak Selamat

Komen