Hujan lebat berterusan di 4 negeri

Hujan lebat berterusan di 4 negeri

JABATAN Meteorologi (MET Malaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan membabitkan empat negeri hingga Sabtu ini.

MET Malaysia dalam kenyataan memaklumkan, amaran cuaca buruk itu diramal di Perak, Kelantan, Terengganu dan Pahang

Di Perak, ia membabitkan daerah Hulu Perak dan Kala Kangsar manakala di Pahang pula di daerah Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin.

Sementara itu, ramalan berkenaan juga dijangka berlaku seluruh daerah di Kelantan dan Terengganu.

Katanya MetMalaysia, orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi jabatan atau aplikasi mobil, myCuaca dan laman media sosial rasmi Jabatan.

“Talian hotline METMalaysia 1-300-22-1638 boleh dihubungi bagi sebarang pertanyaan lanjut,” kata kenyataan itu hari ini. – Malaysiapost

Komen