Padang Serai: Rakyat tak lupa dendangan lagu ‘hoi hoi ya hoi’

Padang Serai: Rakyat tak lupa dendangan lagu ‘hoi hoi ya hoi’

PENGUNDI Parlimen Padang Serai memberi mesej jelas mereka menolak gabungan Pakatan harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

Naib Presiden Bersatu, Datuk Dr Radzi Jidin berkata ia dibuktikan menerusi kemenangan besar calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Azman Nasrudin dengan majoriti 16,260 undi.

“Pengundi tentunya berasa mereka tertipu dalam PRU15 dengan slogan BN ‘No Anwar No DAP’ dan laungan pemimpin PH tidak akan bekerjasama dengan BN.

“Rakyat tentunya tidak lupa lagu PH ‘Hoi hoi ya hoi siapa sokong penyamun’ yang menjadi dendangan pimpinan PH sepanjang kempen PRU15 tidak lama dulu.

“Sekali lagi, tahniah Cikgu Man dan tahniah juga kepada seluruh jentera,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Radzi juga meminta penyokong PN di seluruh negara untuk bersama meneruskan gelombang sokongan hebat terhadap gabungan tersebut.

Keputusan pilihan raya Parlimen Padang Serai semalam menyaksikan Azman yang menerima 51,637 undi, menewaskan calon PH, Dr Mohamad Sofee Razak yang meraih 35,377 undi. – Malaysiapost

Komen