Wanita bakar, koyak al-Quran ditahan polis

Wanita bakar, koyak al-Quran ditahan polis

SEORANG wanita ditahan polis selepas dikesan membakar buah kitab al-Quran gara-gara mengalami tekanan akibat masalah keluarga

Suspek berusia 32 tahun, yang juga warga tempatan itu diberkas kurang sejam selepas melakukan perbuatan itu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, kejadian tersebut berlaku di laluan tangga 2, tempat letak kereta sebuah premis di Jalan Ampang di sini kira-kira pukul 1.15 pagi tadi.

Katanya, polis menerima laporan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 1.51 pagi dan telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan dan Peraturan 25(1)(N) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (tidak membawa dokumen pengenalan diri).

Noor Delhan berkata, polis bergegas ke lokasi kejadian sebelum berjaya melakukan tangkapan ke atas suspek wanita berusia 32 tahun.

“Motif kejadian masih disiasat dan siasatan awal mendapati suspek yang bekerja sebagai pengawal keselamatan mengaku berbuat demikian selepas mengalami tekanan akibat masalah keluarga,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, suspek kini telah direman selama empat hari sehingga 11 Disember ini di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah untuk membantu siasatan lanjut. – Malaysiapost

Komen