Kerajaan konsisten perangi rasuah – PM

Kerajaan konsisten perangi rasuah – PM

DATUK Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan kerajaan akan terus konsisten dalam usaha memerangi rasuah di negara ini.

Malah, Perdana Menteri menegaskan agenda reformasi terutamanya dalam usaha mencegah rasuah tidak hanya terhad kepada penguatkuasaan.

“Sebaliknya, nilai-nilai seperti integriti, akhlak dan etika adalah aspek yang perlu diterap dalam kehidupan bermasyarakat dan negara,” katanya menerusi kenyataan di Facebook, hari ini.

Ia sempena Hari Anti-Rasuah Antarabangsa yang disambut hari ini.

Dengan memartabatkan integriti, Anwar berkata, ia berupaya memacu Malaysia ke arah kecemerlangan yang holistik termasuk aspek fizikal, rohani, nilai dan identiti. – Malaysiapost

Komen