‘Ikon permotoran’ ugut sebar gambar lucah bekas kekasih ditahan

‘Ikon permotoran’ ugut sebar gambar lucah bekas kekasih ditahan

POLIS mengesahkan menahan seorang lelaki yang juga ‘ikon permotoran’ selepas disyaki mengugut menyebarkan gambar lucah bekas kekasihnya, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Noor Ariffin Mohamad Nasir, berkata polis menahan suspek selepas menerima laporan polis dibuat oleh mangsa.

Menurutnya, suspek direman empat hari bermula hari ini hingga 13 Disember ini bagi membantu siasatan, lapor Harian Metro.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya. – Malaysiapost

Komen