Mangsa banjir di Terengganu meningkat pagi ini

Mangsa banjir di Terengganu meningkat pagi ini

JUMLAH mangsa banjir di Terengganu meningkat kepada 339 orang daripada 91 keluarga pagi ini, berbanding 324 orang daripada 87 keluarga malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, sebanyak tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di empat daerah iaitu Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Besut dan Setiu setakat jam 8 pagi tadi

“Di Kuala Nerus sebanyak dua PPS dibuka iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Jembal yang menempatkan 126 mangsa daripada 33 keluarga dan SK Bukit Nanas seramai 72 mangsa daripada 17 keluarga,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

JPBN berkata, di Kuala Terengganu sebanyak dua PPS dibuka iaitu SK Chendering yang menempatkan 34 mangsa (10 keluarga) dan SK Atas Tol seramai 63 mangsa (20 keluarga).

“Di Setiu, dua PPS dibuka iaitu SK Kampung Seri Kasar yang menempatkan 16 mangsa (empat keluarga) dan Balai raya Kampung Bukit Mak Som seramai 14 mangsa (dua keluarga).

“Manakala di Besut pula seramai 14 mangsa (lima keluarga) ditempatkan di Surau Taman Perumahan Bukit Cina,” katanya. – Malaysiapost

Foto Kredit: FB Teganukita

Komen