Selepas seminggu hilang di Tanah Suci, Pakcik Ibrahim selamat ditemui

PAKCIK Ibrahim Omar yang hilang tujuh hari tanpa khabar berita ketika menunaikan umrah di Tanah Suci baru-baru ini, akhirnya berjaya ditemui.

Berita gembira itu dikongsi seorang pengguna Facebook dikenali Afiz Ayub yang memaklumkan warga emas itu ditemui mutawif, Ustaz Nabil Alkhted dalam keadaan selamat hari ini.

“Alhamdulillah yang mana tanya pakcik Ibrahim ni kami dah jumpe sebentar tadi. Terima kasih Nabil Alkhred & TeamAA yang sentiasa prihatin membantu ummah Allah.

“Ustaz Nabil dah called agensi untuk pulangkan jemaah dan sementara ini kami berikan pakcik makan dahulu,” katanya.

Bagaimanapun Afiz tidak memberi perincian bagaimana Ibrahim berjaya dijumpai hari ini.

Sebelum ini tular di media sosial kisah Ibrahim yang berangkat ke Tanah Suci bersama isteri 27 November lalu hilang entah ke mana di sana.

Lebih menyedihkan, isterinya terpaksa pulang keseorangan ke tanah air kerana Ibrahim masih belum dijumpai 9 Disember lalu. – Malaysiapost

Komen