Terima kasih atas kepercayaan melantik saya – Ahmad Maslan

Terima kasih atas kepercayaan melantik saya – Ahmad Maslan

DATUK Seri Ahmad Maslan bertekad untuk memberikan khidmat yang terbaik selain bekerja dengan gigih demi rakyat dan negara dalam menjalankan tanggungjawab sebagai Timbalan Menteri Kewangan.

Ahli Parlimen Pontian itu diumumkan menggalas jawatan itu dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, malam tadi.

“Saya akan berikan khidmat yang terbaik, gigih bekerja demi rakyat dan negara dengan berpegang kepada prinsip-prinsip yang mulia,” ciapnya di Twitter.

Pelantikan itu membolehkan Ahmad membantu Anwar menerajui Kementerian Kewangan.

Anwar juga mengumumkan Kementerian Kewangan memiliki dua Timbalan Menteri iaitu Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong.

Pada masa sama, Ahmad yang merupakan Setiausaha Agung Umno mengucapkan penghargaan terima kasih kepada Perdana Menteri yang memberi telah kepercayaan kepadanya.

“Terima kasih atas kepercayaan melantik saya sebagai Timbalan Menteri Kewangan dalam Kerajaan Perpaduan.

“Terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi,” ciapnya. – Malaysiapost

Komen