Wan Junaidi akhiri zaman duda

Wan Junaidi akhiri zaman duda

BEKAS Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Parlimen), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dilaporkan telah menamatkan zaman dudanya, baru-baru ini.

Beliau telah memilih Datin Seri Fauziah Mohd Sanusi sebagai suri hati dan majlis persandingan mempelai akan diadakan di sebuah hotel terkemuka di ibu negara, malam ini.

Dijangka akan turut hadir, termasuklah Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan beberapa pemimpin kanan negara.

Terdahulu, tular gambar perkahwinan pasangan mempelai itu selepas akad nikah yang dipercayai berlangsung baru-baru ini.

Ini adalah perkahwinan kedua Wan Junaidi, 77,selepas kematian isterinya, Datin Seri Norjanah Feona Sim Abdullah, pada 27 Mei lalu. – Malaysiapost

Komen