Dirgahayu Tuanku

Dirgahayu Tuanku

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-77, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, hari ini.

Beliau mendoakan semoga Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin serta seluruh Kerabat Diraja sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah serta berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan.

“Semoga Duli Tuanku kekal qarar memerintah rakyat Selangor Darul Ehsan dengan adil dan saksama.

“Patik dan sekalian rakyat akan terus memberikan ketaatan dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi. Dirgahayu Tuanku,” ucapnya dalam satu hantaran di laman Facebook rasminya, hari ini.

Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraannya, Sultan Selangor berkenan mengurniakan Darjah dan Bintang Kebesaran Negeri Selangor kepada 104 penerima dalam satu istiadat di Istana Alam Shah, Klang, hari ini. – Malaysiapost

Komen