Mbappe ketawa besar lihat Kane gagal sepak penalti

Mbappe ketawa besar lihat Kane gagal sepak penalti

PENYERANG Perancis Kylian Mbappe dikatakan tidak mampu menyembunyikan perasaan apabila tergelak besar melihat Harry Kane gagal menjaringkan gol ketika mengambil sepakan penalti dalam aksi suku akhir Piala Dunia 2022.

Aksi spontan Mbape itu menjadi tular di media sosial susulan sepakan kapten pasukan England itu melewati palang gol sekaligus menjadi punca The Three Lions tewas 1-2 kepada The Blues.

“Reaksi Mbappe untuk kegagalan Harry Kane,” tulis ESPN FC sambil berkongsi foto Mbappe ketawa.

Walaupun begitu, Mbappe menjadi pemain Perancis pertama yang menenangkan Kane setelah wisel penamat dibunyikan.

Dalam perlawanan itu Perancis mendahului pada minit ke-17 menerusi gol jarak jauh Aurelien Tchouameni selepas menerima hantaran Antoine Griezmann.

England berjaya menyamakan kedudukan pada babak kedua pada minit ke-54 menerusi tendangan penalti Harry Kane.

Perancis bagaimanapun kembali mendahului menerusi tandukan Olivier Giroud pada minit ke-78, juga hasil hantaran daripada Griezmann.

The Three Lions memiliki peluang menyamakan kedudukan pada minit ke-81 setelah Theo Hernandez melanggar Mason Mount di kotak penalti.

Bagaimanapun, kali ini Kane gagal menyempurnakan tendangan penalti pada minit ke-84.

Tendangan Kane cukup kencang namun melewati palang gol di atas gawang Lloris. – Malaysiapost

Komen