Membaca untuk lawan kebebalan – Anwar Ibrahim

Membaca untuk lawan kebebalan – Anwar Ibrahim

BUDAYA membaca perlu dipupuk terutama dikalangan generasi muda supaya tidak bebal, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, karya-karya besar perlu ditelaah oleh golongan berkenaan supaya dapat mencambah daya fikir yang kritis.

Beliau turut berkongsi kartun lukisan kartunis tersohor, Datuk Mohammad Nor Khalid atau lebih dikenali sebagai Datuk Lat yang menggambarkan budaya membaca dalam kalangan kakitangan di pejabatnya.

“Terima kasih Datuk Lat. Belum terlambat untuk memupuk budaya membaca. Karya-karya besar mesti ditelaah oleh golongan muda hari ini bagi melawan kebebalan dan mencambah daya fikir yang kritis,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Perkongsiannya itu mendapat perhatian warganet yang turut bersetuju budaya membaca perlu dipupuk semula dikalangan generasi muda ketika ini.

“Inilah pemimpin pendidik yang sangat disayangi rakyat. Memartabatkan ilmu pengetahuan dan mengajak rakyat menambahkan ilmu pengetahuan dan bukannya ilmu memfitnah…Syabas DSAI..rakyat Malaysia sayang anda,” kata pengguna Facebook Lukman.

“Hidupkan semula budaya membaca, nescaya bangsa Malaysia akan bangkit dan dihormati kawan dan lawan,” kata Mohd Suffian Abdullah pula.

Sementra itu, seorang lagi pengguna Facebook, Che RiZan berharap Perdana Menteri itu dapat menggerakkan usaha membina budaya membaca, modenkan perpustakaan dan membina semula budaya membaca. – Malaysiapost

Komen