1,671 mangsa banjir Rantau Panjang ditempatkan di 6 PPS

1,671 mangsa banjir Rantau Panjang ditempatkan di 6 PPS

SERAMAI 1,671 mangsa banjir yang melibatkan 515 keluarga di Rantau Panjang telah ditempatkan di enam buah pusat pemindahan sementara (PPS), setakat pukul 3.30 patang tadi.

Menurut aplikasi InfoBencanaJKM, Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Kiambang menjadi PPS terbaharu yang dibuka selepas SK Gual Tok Deh, PPS Putat 7, SK Kubang Kual, SK Gual Periok dan Masjid Mukim Padang Licin.

SK Gual Tok Deh menempatkan mangsa banjir tertinggi setakat ini melihatkan seramai 680 mangsa, diikuti SK Gual Periok (493), SK Kubang Kual (179), PPS Putat 7 (132), SK Sri Kiambang (124) dan Masjid Mukim Padang Licin (63).

Sementara itu, aplikasi MyPublic Infobanjir memaklumkan, paras air Sungai Golok di Rantau Panjang sudah melepasi paras amaran iaitu 9.58 meter, namun bertahan. –Malaysiapost

Komen