Perwakilan Diplomatik diharap angkat imej Malaysia -TPM

Perwakilan Diplomatik diharap angkat imej Malaysia -TPM

DATUK Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap semua Ketua Perwakilan Diplomatik yang bakal berkhidmat di beberapa negara dapat mengangkat imej Malaysia di persada dunia.

Timbalan Perdana Menteri berkata, ia bagi memastikan negara ini menjadi destinasi pelaburan serantau berimpak tinggi sekali gus merancakkan pertumbuhan ekonomi.

“Saya berkesempatan mengadakan pertemuan dengan Ketua-Ketua Perwakilan Diplomatik Malaysia ke luar negara yang akan mula bertugas seperti Emiriah Arab Bersatu, Vietnam, Jerman, Pakistan dan New Zealand.

“Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat bertugas dan berharap agar seluruh Ketua Perwakilan Diplomatik yang hadir dapat berkhidmat dengan cemerlang bagi mengangkat imej Malaysia di persada antarabangsa,” katanya dalam kenyataan di Facebook, hari ini.

Ahmad Zahid berkata, beliau yakin tugasan yang diberikan itu dapat dilaksanakan dengan baik.

Menurutnya, usaha keras mesti dilakukan bagi memastikan hubungan dua hala antara Malaysia dan negara berkenaan dapat ditingkatkan ke tahap lebih komprehensif yang memberi manfaat bersama. – Malaysiapost

Komen