‘Terima kasih kedua-dua isteriku yang kusayangi’ – Ashraf Muslim

‘Terima kasih kedua-dua isteriku yang kusayangi’ – Ashraf Muslim

PELAKON Ashraf Muslim yang menitipkan penghargaan kepada kedua-dua isterinya kerana sentiasa membantu dalam kehidupannya mendapat reaksi positif peminatnya.

Penghargaan itu dizahirkan dalam kemas kini di akaun Instagram miliknya dengan memuat naik foto mereka bertiga.

Hantaran berkenaan menerima lebih 19,000 tanda suka dengan hampir 150 komen daripada pengikut Instagram pelakon kacak itu.

“Lama tak post gambar bertiga. Terima kasih ku ucapkan kepada kedua-dua isteriku yang kusayangi yang sentiasa membantuku dalam susah senang kehidupan ini.

“Kita lakukan sahaja apa yang Allah suka, Insya-Allah dapat keberkatan darinya.

“Semoga Allah menyayangi kita semua dan memberkati hubungan kita sekeluarga. Ayah sayang mama dan ibu,” katanya.

Rata-rata peminat mendoakan kebahagiaan mereka tidak kurang juga yang meminta tip menjadi suami beristeri dua.

“Indah, bahagia, harmoni..so sweet. Tlg tunjuk ajarku sifu,” kata m_r.k7ro

“Tips please,” pinta cidalysious

“Suka tengok family Ashraf moga jadi contoh yang lain. Sentiasa bahagia dunia akhirat,” puji hasleena67.

Ashraf bernikah dengan isteri pertamanya, Noor Dayana Lokman pada 24 September 2011 di Mekah dan dikurniakan seorang anak lelaki, Anas Ashraf, 7.

Manakala, bersama Wan Sakinah Ahmad Saburi yang dinikahi di Thailand pada 7 Julai 2013 pula, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Sarah Ashraf, 8, Adam Ashraf, 7, dan Safiyyah Ashraf, 3. – Malaysiapost

Komen