Amaran hujan berterusan di tiga negeri

Amaran hujan berterusan di tiga negeri

HUJAN berterusan tahap buruk yang dijangka berlaku di beberapa daerah di Terengganu, Pahang dan Johor, mulai hari ini.

Amaran itu dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) yang memaklumkan hujan lebat berterusan di Pahang yang membabitkan kawasan di Pekan, Rompin, Kuantan dan Bera manakala di Johor, kawasan terbabit ialah di Mersing, Segamat, Kluang dan Kota Tinggi.

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), pula mengeluarkan amaran ramalan banjir di beberapa kawasan di Terengganu, Pahang dan Johor hingga awal pagi esok.

JPS menerusi kenyataan hari ini, memaklumkan di Terengganu, ia membabitkan Jambatan Keruak, Kampung Bekok, Kampung Cegar Kubur, Kampung Cawangan serta kawasan sekitarnya.

Selain itu, Kampung Dendang, Kampung Tepus, Kampung Minda, Kampung Surau, Kuala Jengal, Kampung Luit, Kampung Menerong, Kampung La, Rumah Pam Pelagat, Kampung Nangka, Kampung Paya, Kampung Pinang, Kampung Parit, Kampung Lama, Kampung Pintu Gajah, Kampung Lampu, Kampung Baru, Kampung Pasir Gajah, Kampung Wa dan Kampung Pak Riuh.

Menurut kenyataan sama, di Pahang, ia membabitkan kawasan di Kampung Gadak, Jalan Kota Bahagia Melati, Kampung Tanam dan Kampung Aur manakala di Johor, kawasan terbabit ialah di Kampung Jemari.

“Banjir yang diramal boleh berlaku lebih awal atau lewat dari masa yang dijangka. Amaran ini dikeluarkan untuk semua penduduk supaya berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa atau agensi pengurusan bencana banjir,” katanya. -Malaysiapost

Komen