Covid-19: 1,038 kes baharu, sembilan kematian semalam

Covid-19: 1,038 kes baharu, sembilan kematian semalam

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sembilan kematian baharu akibat Covid-19 semalam.

Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu adalah 36,778 kes sejak virus tersebut melanda negara.

Berdasarkan data dimuat naik di portal KKMNOW, tiga kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Sementara itu, sebanyak 1,038 kes jangkitan baharu Covid-19 direkodkan semalam, melibatkan dua kes import.

Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes sehingga kini adalah 4,974,004 kes.

Selain itu, seramai 16,378 individu atau 93.3 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah dan tiada pesakit ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sebanyak 1,100 kes pula dirawat di hospital dan 69 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) serta 53 pesakit memerlukan bantuan pernafasan. – Malaysiapost

Komen