Gol Messi, Alvarez bawa Argentina ke final Piala Dunia 2022 Qatar

Gol Messi, Alvarez bawa Argentina ke final Piala Dunia 2022 Qatar

ARGENTINA mara ke final Piala Dunia 2022 Qatar selepas menewaskan Croatia dalam perlawanan separuh akhir pertama awal pagi tadi.

Bermula dengan gol hasil sepakan penalti yang disempurnakan pemain sensasi Lionel Messi, diikuti dua gol yang dijaringkan penyerang Julian Alvarez memberikan kemenangan 3-0 kepada Argentina ke atas Croatia.

Ini bermakna Argentina bakal berdepan Perancis atau Maghribi yang akan bertemu dalam perlawanan akhir kedua awal pagi esok.

Messi meledak gol pertama Argentina menerusi sepakan penalti kontroversi pada minit ke-34 selepas penjaga gol Dominik Livakovic dikatakan menjatuhkan Alvarez.

Alvarez kemudian menjaringkan gol kedua Argentina lima minit kemudian melalui aksi menarik larian dan gelecekan solo dari tengah padang.

Croatia cuba mencari jaringan pada babak kedua namun gagal melepasi barisan pertahanan Argentina.

Perjuangan Croatia kemudian seolah-olah tamat apabila Messi mempamerkan aksi melepasi pertahanan lawan sebelum melorongkan bola kepada Alvarez untuk gol ketiga pasukan pada minit ke-69.

Perlawanan akhir Piala Dunia 2022 Qatar akan berlangsung pada Ahad ini. – Malaysiapost

Komen