Bagai kacang lupakan kulit

Bagai kacang lupakan kulit

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil tindakan memindah halangan dan menyita gerai peniaga di bawah program Wilayah Bebas Berniaga (WBB) sekitar Setiawangsa, malam tadi.

DBKL menerusi kenyataan di Facebook berkata, peniaga berkenaan didapati menggunakan struktur gerai berdinding untuk berniaga sekali gus melanggar syarat kelulusan.

“DBKL menerusi Pejabat Cawangan Setiawangsa pada awal malam tadi telah mengambil tindakan menanggal dan pindah halangan di sekitar Jalan Seri Rejang.

“Mereka juga didapati meninggalkan barangan perniagaan di pokok-pokok berhampiran,” menurut kenyataan itu.

DBKL berkata, tindakan sita dan pindah halangan turut dilaksanakan di sekitar Jalan 15/56 AU3, Keramat Wangsa di mana didapati gerai telah ditinggalkan terbiar dan lama tidak beroperasi.

“DBKL menerusi Pejabat-Pejabat Cawangan akan meneruskan tindakan penguatkuasaan dan pembersihan seumpama ini bagi memastikan Kuala Lumpur bebas daripada halangan dan sentiasa tampak bersih dan indah.

“Orang awam digalakkan memajukan aduan ke Pejabat-pejabat cawangan DBKL berhampiran mereka berhubung aduan seumpama ini bagi tindakan segera dapat diambil,” katanya. – Malaysiapost

Komen