Covid-19: 1,241 kes baharu, enam kematian semalam

Covid-19: 1,241 kes baharu, enam kematian semalam

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan enam kematian baharu akibat Covid-19, semalam.

Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu adalah 36,784 kes sejak virus tersebut melanda negara.

Berdasarkan data dimuat naik di portal KKMNOW, satu kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Sementara itu, sebanyak 1,241 kes jangkitan baharu Covid-19 direkodkan semalam, melibatkan tiga kes import.

Angka terbaru itu menjadikan keseluruhan kes aktif adalah sebanyak 17,215.

Sebanyak 93.7 peratus atau 16,138 individu menjalani kuarantin di rumah dan tiada yang dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Manakala, sebanyak 1,010 kes Covid-19 menerima rawatan di hospital dan 67 di unit rawatan rapi (ICU).

Dalam pada itu, kes sembuh yang dicatatkan adalah sebanyak 1,567 menjadikan kumulatif berkenaan adalah 4,959,725. – Malaysiapost

Komen