Saya sangat suka hati beri keterangan kepada SPRM – Annuar Musa

Saya sangat suka hati beri keterangan kepada SPRM – Annuar Musa

BEKAS Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa mengesahkan beliau telah dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memberi keterangan, minggu lalu.

Beliau berkata, SPRM meminta beliau memberi keterangan berhubung dakwaannya telah menerima wang jutaan ringgit daripada Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Saya sudah memberi kenyataan kepada SPRM minggu lepas. Saya sebenarnya sangat lega kerana sekali lagi fitnah yang di luar tidak dapat dikawal.

“Kata (dakwa) saya masuk bilik tidur (Muhyiddin) duit berlonggok, ambil duit juta-juta bawa duit pergi ke mana. Patutlah kuat sokong Muhyiddin sebab Muhyiddin bagi lebih.

“Buka Facebook masyaallah beristighfar saya. Jadi bila SPRM panggil untuk beri keterangan saya sangat suka hati dan saya telah beritahu semua jalan ceritanya.

“Saya ucap terima kasih dan saya akan terus beri kerjasama. Itu tanggungjawab saya,” katanya pada sidang media di pejabat Muafakat Nasional (MN), Damansara, hari ini.

Sebelum ini, Anwar menerusi siaran secara langsung di Facebook miliknya, telah mendedahkan menerima wang jutaan ringgit daripada Muhyiddin ketika berkempen pada Pilihan Raya Negeri Sabah lalu. -Malaysiapost

Komen