Semua lantikan politik ditamatkan kontrak serta merta

Semua lantikan politik ditamatkan kontrak serta merta

LANTIKAN politik yang melibatkan pengerusi dan ahli lembaga dalam firma dan badan berkaitan kerajaan akan ditamatkan berkuat kuasa serta merta.

Memetik laporan Malaysiakini, perkara itu disahkan seorang menteri yang mengulas ringkas mengenai surat Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali berhubung perkara berkenaan.

“Benar,” jawabnya ringkas.

Justeru, penamatan kontrak lantikan politik ini melibatkan badan berkanun persekutuan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat Kementerian Kewangan (Diperbadankan), syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan institusi utama.

Bagaimanapun, perkara ini belum disahkan secara rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim setakat ini. – Malaysiapost

Komen