Semua parti sokong Anwar tandatangani perjanjian esok

Semua parti sokong Anwar tandatangani perjanjian esok

KETUA parti-parti politik yang membentuk Kerajaan Perpaduan dijangka menandatangani perjanjian berhubung kerjasama tersebut esok.

Perkara tersebut dimaklumkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof yang berkata, perjanjian itu akan ditandatangani sebagai menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerajui Kerajaan Perpaduan ini.

Katanya, perjanjian melibatkan kesemua parti dalam blok kerajaan itu menjelang usul percaya yang dijadual dibentangkan dalam Sidang Parlimen, Isnin depan.

Bagaimanapun, Fadillah yang juga Ketua Whip Gabungan Parti Sarawak (GPS) berkata, pihaknya tidak mempunyai maklumat lanjut mengenai kandungan perjanjian berkenaan.

“Semua ketua parti sudah berbincang, malah hari ini saya balik ada mesyuarat di peringkat GPS untuk melihat kandungan perjanjian,” katanya dipetik Berita Harian, hari ini.

Pada 24 November lalu, Anwar telah mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri setelah diperkenan Yang di Pertuan Agong susulan menerima sokongan daripada BN, GPS, GRS, Warisan dan Bebas. -Malaysiapost

Komen