Tok Mat harap jentera Umno Negeri Sembilan semangat hadapi PRN

Tok Mat harap jentera Umno Negeri Sembilan semangat hadapi PRN

TIMBALAN Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hassan berharap ahli dan jentera Umno di Negeri Sembilan dapat bersiap sedia bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan selewat-lewatnya Jun ini.

Beliau yang juga Ketua Umno Bahagian Rembau turut mengucapkan terima kasih kepada jentera parti yang berkerja kuat dan bersungguh-sungguh memastikan kemenangan di kerusi Parlimen Rembau pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu.

“Malam tadi bersama kepimpinan Umno bahagian Rembau meraikan seluruh jentera parti Umno dari DUN Paroi, yang berkerja kuat dan bersungguh-sungguh memastikan Parlimen Rembau menang di kawasan DUN ini.

“Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua jentera petugas-petugas di setiap peringkat di PDM (Pusat Daerah Mengundi) dan di cawangan masing-masing yang membantu tanpa mengira penat dan masa,” katanya.

Menteri Pertahanan itu juga berkata, beliau berharap momentum sama dapat dipamerkan jentera Umno Negeri Sembilan dalam menghadapi PRN tidak lama lagi.

“Teruskan semangat dan tekad ini untuk kita hadapi pula PRN Negeri Sembilan, yang mesti diadakan paling lewat pun pada Jun tahun 2023,” katanya

Pada PRu15 lalu, Mohamad yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) berjaya memenangi kerusi Parlimen Rembau dengan majoriti 19,887 undi.

Beliau yang juga mesra dengan Tok Mat mendapat undian sebanyak 53,O75 sekali gus menewaskan empat calon yang lain. – Malaysiapost

Komen