Dr Mahathir letak jawatan Pengerusi PEJUANG 

Dr Mahathir letak jawatan Pengerusi PEJUANG 

BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan sebagai Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), hari ini. 

Perkara itu disahkan oleh sumber dalaman parti itu yang bagaimanapun mengekalkan Dr Mahathir sebagai Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA).

Setakat ini, tiada pengumuman secara rasmi diumumkan oleh parti itu. 

Difahamkan, Perhimpunan Agung Tahunan (AGM) PEJUANG yang kedua akan diadakan pada 14 Januari depan.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu, Dr Mahathir gagal mempertahankan  Parlimen Langkawi yang disandangnya apabila tewas kepada calon Perikatan Nasional (PN), Mohd Suhaimi Abdullah yang memperoleh majoriti 13,518 undi.

Dr Mahathir juga mencatatkan rekod dalam kerjaya politiknya apabila hilang wang deposit kali pertama dalam sejarah pembabitannya bertanding pilihan raya. 

Malah, partinya PEJUANG turut gagal memenangi sebarang 125 kawasan yang dipertandingkan, malah semua calonnya hilang wang deposit. -Malaysiapost

Komen