Jeli Bellrossa Advances, asbab tukar derita jadi bahagia

Jeli Bellrossa Advances, asbab tukar derita jadi bahagia

PEMILIK Fellera Beauty Malaysia Sdn Bhd, Syarifah Khyra Muhsin tersentuh apabila produk keluarannya, suplemen berasaskan jeli, Bellrossa Advances atau #jellyajaibviral menjadi pilihan ramai wanita termasuk selebriti popular.

Malah tanpa berselindung, pemilik nama penuh, Syarifah Nur Fakhirah Syed Muhsin,
30, berkata setiap kali meneliti testimoni pengguna terhadap keberkesanan produknya, dia pasti mengalirkan air mata.

Tambah Syarifah Khyra, senario positif itu membakar semangatnya untuk terus memperkasa golongan wanita dalam kehidupan seharian asbab memakan jeli fenomena dipasarkan.

“Ada yang hampir bercerai sebab tak dikurniakan anak. Ada yang dihina dengan mentua kerana tak mampu memberi cucu. Tak kurang diherdik dan dipandang sinis kerana belum ada anak hingga suami minta mencari jalan.

“Malah ada digelar mandul kerana tak mampu melahirkan anak. Namun asbab jeli saya dan izin Tuhan, derita bertukar bahagia.

“Ada testimoni yang sudah lapan tahun berkahwin, namun dengan izin menjadi pengguna jeli ini, pasangan itu dikurniakan cahaya mata. Semuanya paparan realiti hidup yang pahit dilihat, namun setiap usaha itu pasti ada hasil indah,” katanya.

Ibu kepada tiga cahaya mata ini bersyukur kerana produk jelinya yang terkenal dengan tagline sekali sedut, tak cari lain itu mampu menyuntik senyum ramai wanita dari anak dara hingga ke usia emas.

“Lebih beruntung produk jeli ini juga menjadi kepercayaan ramai selebriti popular tanah air. Malah kebanyakan artis itu digunakan khidmat mereka mempromosi tanpa terlalu ‘hardsell’. Ternyata selebriti ini sendiri mengakui khasiat jeli berkenaan seperti wanita lain.

“Pendek kata, ramai wanita diberi kesempatan indah untuk hamil, suami makin sayang, dalaman diri makin cantik asbab menggunakan produk jeli ini,” katanya.

Serentak itu, Syarifah Khyra mengumumkan bermula 20 hingga 27 Disember ini akan diadakan jualan hujung tahun dengan diskaun sehingga 15 peratus.

“Ini masanya untuk membeli jeli ajaib ini dengan harga istimewa. Yang sudah menggunakannya sebelum ini, boleh beli lagi buat stok. Yang belum pernah mencuba pun, inilah masa untuk merasai faedah dan keberkesanannya,” katanya. – Malaysiapost

Komen