Mangsa banjir menurun, Kelantan masih tertinggi

Mangsa banjir menurun, Kelantan masih tertinggi

JUMLAH mangsa banjir di seluruh negara mencatatkan sedikit penurunan dengan 2,377 mangsa direkodkan setakat jam 7 pagi tadi berbanding 2,387 semalam.

Sehingga kini, lima negeri yang terjejas iaitu Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor, melibatkan 728 keluarga.

Berdasarkan laporan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), 16 pusat pemindahan sementara (PPS) aktif dibuka di lapan daerah.

Kelantan masih merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu seramai 2,019 orang melibatkan 637 keluarga yang kini ditempatkan di tujuh PPS.

Seramai 141 mangsa di Pahang pula kini ditempatkan di satu PPS yang melibatkan 36 keluarga, seterusnya di Johor, 91 mangsa daripada 24 keluarga kini berada di empat PPS yang disediakan.

Sementara di Perak, tiga PPS dibuka yang menempatkan 89 mangsa daripada 21 keluarga.

Manakala di Terengganu, hanya sebuah PPS dibuka dan menempatkan 37 mangsa daripada 10 keluarga. – Malaysiapost

Komen