Mayat ibu anak berpelukan ditemui

Mayat ibu anak berpelukan ditemui

MAYAT ibu berpelukan dengan anak perempuan ditemui pasukan penyelamat petang ini sekali gus menjadikan jumlah mangsa yang terkorban dalam tragedi tanah runtuh di Batang Kali kepada 18 orang.

Mayat ibu dan anaknya yang dipercayai berusia dalam lingkungan tiga tahun itu ditemui di bawah runtuhan dekat tepi sungai dalam kawasan Father’s Organic Farm, jam 4.40 petang tadi.

Kedua-dua mangsa dipercayai berkhemah di kawasan berhampiran tetapi pergerakan tanah menolak mangsa berhampiran sungai.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor berkata, penemuan mayat dua beranak itu menjadikan mangsa yang masih dikesan 15 orang.

“Seramai 230 pegawai dan anggota JBPM dari Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan akan meneruskan pencarian sehingga malam ini.

“Operasi mencari dan menyelamat akan dihentikan sekiranya cuaca tidak mengizinkan,” katanya dipetik Berita Harian, hari ini.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah dijadual mengadakan sidang media petang ini. -Malaysiapost

Komen