Pemimpin pelbagai parti tiba untuk tandatangani perjanjian

Pemimpin pelbagai parti tiba untuk tandatangani perjanjian

PEMIMPIN parti-parti yang membentuk kerajaan perpaduan sebentar tadi tiba di bangunan Perdana Putra di Putrajaya, untuk menandatangani perjanjian gabungan itu.

Majlis menandatangani perjanjian itu dijangka berlangsung pada jam 3 petang dengan disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Antara yang kelihatan ialah Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor, dan Setiausaha Agungnya, Datuk Masidi Manjun serta bakal Presiden Upko, Datuk Ewon Benedick.

Turut kelihatan ialah Setiausaha Agung Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi and Timbalan Premier Sarawak, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian.

Mewakili Barisan Nasional (BN) ialah Datuk Seri Azalina Othman, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong and Datuk Seri Ahmad Maslan, selain wakil Pakatan Harapan (PH), Fahmi Fadzil dan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Gabungan dan parti dalam kerajaan perpaduan pimpinan Anwar akan menandatangani perjanjian, antara lain sebagai komitmen untuk bekerjasama sehingga akhir penggal Parlimen ini. – Malaysiapost

Komen