Tanah runtuh: Angka korban meningkat 13 orang

Tanah runtuh: Angka korban meningkat 13 orang

[TERKINI] JABATAN Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengesahkan 13 maut sehingga kini dalam kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Jalan Genting-Batang Kali, awal pagi tadi.

Perkara itu disahkan menerusi Facebook Bahagian Operasi JBPM sehingga jam 11.40 pagi tadi.

Selain itu, JBPM memaklumkan seramai 94 orang mangsa dianggarkan terbabit dalam insiden berkenaan.

Seramai 59 mangsa selamat, sementara 21 lagi masih belum ditemui.

“Operasi mencari dan menyelamat mangsa yang masih hilang sedang giat dijalankan,” katanya. – Malaysiapost

Komen