Tanah runtuh: Tiga mayat lagi ditemui

Tanah runtuh: Tiga mayat lagi ditemui

TIGA lagi mayat mangsa tragedi tanah runtuh di tiga tapak perkhemahan di Father’s Organic Farm dekat Batang Kali berjaya ditemui pasukan penyelamat. 

Ini menjadikan jumlah keseluruhan mangsa yang maut ialah 22 orang, setakat pukul 6.30 petang tadi. 

Difahamkan, usaha-usaha membawa mangsa tersebut sedang giat dijalankan manakala seramai 11 orang lagi masih belum ditemui, lapor Utusan Online. 

Terdahulu, seramai 94 orang dilaporkan terbabit dalam tragedi tanah runtuh yang berlaku awal pagi tadi. -Malaysiapost

Komen