14 mayat insiden tanah runtuh dibawa keluar dari hospital

14 mayat insiden tanah runtuh dibawa keluar dari hospital

SEJUMLAH 14 mayat mangsa tragedi tanah runtuh di Jalan Batang Kali-Genting Highland telah dibawa keluar dari Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh selepas selesai proses bedah siasat dan pengecaman wajah.

Mayat pertama dibawa keluar jam 4.21 petang, diikuti mayat kedua 20 minit kemudian.

Sementara mayat ketiga pula di bawa keluar jam 5.20 petang diikuti 10 lagi mayat dibawa keluar setiap 15 minit, lapor Astro Awani.

Pada jam 7.59 malam, mayat ke-14 dibawa keluar menaiki kenderaan jenazah.

Jumlah mangsa tragedi runtuhan tanah di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Jalan Batang Kali-Genting Highland, telah meningkat kepada 24 orang.

Satu lagi mangsa ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) jam 4.35 petang tadi, manakala baki sembilan mangsa masih dikesan.

Media melaporkan seramai 94 mangsa terbabit dalam kejadian tanah runtuh pada jam 2.24 pagi, semalam. – Malaysiapost

Komen