Kelantan tutup sementara semua lokasi pelancongan berisiko

Kelantan tutup sementara semua lokasi pelancongan berisiko

KERAJAAN Kelantan menutup sementara semua lokasi pelancongan di negeri itu yang berisiko tinggi berdepan kejadian cerun runtuh dan kepala air, bermula hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Datuk Dr Izani Husin, berkata tindakan diambil susulan tragedi yang berlaku di Batang Kali.

“Semua lokasi terutama di Jeli dan Kuala Krai ditutup mulai hari ini sehingga diberitahu kelak,” katanya.

Beliau berkata, antara lokasi yang ditutup termasuk Kompleks Gua lkan, Lata Kertas, Sungai Kenerong, Pipe Resort Jelawang dan View Point Jelawang.

Menurutnya, notis penutupan itu dibuat selepas mendapat arahan Jabatan Kerajaan Tempatan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT).

Semalam, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming mengarahkan semua tapak perkhemahan berhampiran sungai dan lokasi berisiko tinggi di seluruh negara tutup selama tujuh hari, berkuat kuasa serta-merta. – Malaysiapost

Komen