Tanah runtuh: Polis panggil pengurus Father’s Organic Farm

Tanah runtuh: Polis panggil pengurus Father’s Organic Farm

POLIS akan memanggil pengurus tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Batang Kali, hari ini.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah berkata, lelaki berusia 30-an terbabit akan dipanggil untuk dirakam percakapan.

Menurutnya lelaki itu akan memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor, hari ini.

“Untuk peringkat awal kita akan mendengar kenyataannya sebelum kita putuskan tindakan yang harus diambil berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada,” katanya pada sidang media di lokasi kejadian, hari ini.

Semalam, Menteri Pembangunan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming menyatakan bahawa aktiviti kegiatan perkhemahan di lokasi kejadian tidak mendapat kebenaran selain tiada permit daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) iaitu Majlis Daerah Hulu Selangor.

Sehingga pukul 2 petang ini, seramai 23 orang disahkan terkorban manakala 10 mangsa lagi dilaporkan hilang. – Malaysiapost

Komen