TUDM lakukan penerbangan ihsan bawa kanak-kanak hidap leukemia

TUDM lakukan penerbangan ihsan bawa kanak-kanak hidap leukemia

TENTERA Udara Diraja Malaysia (TUDM) melaksanakan penerbangan ihsan membawa seorang kanak-kanak lelaki yang menghidap penyakit kronik dari Kuching, Sarawak ke Senai, Johor bagi mendapatkan rawatan susulan.

Qayyum Iman Nurbadiz Badru Hisyam, 14, disahkan menghidap penyakit leukemia (kanser darah) pada tahun ini.

Lebih menyedihkan apabila kanak-kanak itu mengalami jangkitan kuman sehingga sistem badan dan mencederakan otaknya pada Oktober lalu.

Kondisi itu sekali gus memaksa Qayyum Iman bergantung kepada alat bantuan pernafasan dan penjagaan sepenuhnya kepada penjaga.

Sebelum ini Qayyum Iman dirawat ini dirawat di Hospital Umum Sarawak dan perlu dipindahkan ke Hospital Sultan Ismail, Johor bagi memudahkan urusan penjagaannya bersama keluarga terdekat di kampung ibu bapa kanak-kanak itu.

Sehubungan itu, sebuah pesawat C130 milik TUDM telah diaturgerak menjalankan misi penerbangan ihsan tersebut dan berlepas dari Lapangan Terbang Pangkalan Udara Kuching pada jam 9.45 pagi dan selamat tiba di Lapangan Terbang Senai pada jam 11.45 pagi, hari ini.

TUDM dalam kenyataan turut mendoakan kanak-kanak itu diberikan kekuatan melawan penyakitnya serta diberikan kesembuhan. – Malaysiapost

Kredit foto: TUDM

Komen