Achey, isteri reda keputusan rawatan IVF negatif

Achey, isteri reda keputusan rawatan IVF negatif

PELAWAK Achey Bocey reda apabila keputusan proses rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) yang dilakukannya bersama isteri tidak berjaya.

Menerusi hantaran video di Instagram, Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah, 36, menenangkan isterinya yang sebak setelah mendapat tahu keputusan rawatan tersebut adalah negatif.

“Syukur alhamdulillah, reda. Anne (isterinya) mohon bangkit dengan kuat,” tulis Achey di hantaran itu.

Dalam proses menjalani rawatan tersebut, Achey dan isteri terpaksa berulang-alik hampir 30 kali dari Johor ke Kuala Lumpur.

Hantaran tersebut dihujani kata-kata semangat daripada rakan-rakan artis dan peminat yang bersimpati dengan perkongsian Achey itu.

“Sabar Chey dan Anna. Korang kuat ok. Tidak apa, rezeki Allah itu luas. Kamu berdua insan hebat,” tulis Izzue Islam.

“Kuat bro dan isteri. Insha Allah rezeki Allah SWT seluas lautan. Ada perkhabaran baik akan menyusul,” ucap Afdlin Shauki.

”InsyaAllah ada rezeki lain yang Allah sembunyikan. Tetap kuat kamu berdua,” kata Sheila Rusly.

Achey dan Anne atau nama sebenarnya Nor Hasanah mendirikan rumah tangga sejak 11 tahun yang lalu.

Setakat ini mereka belum dikurniakan cahaya mata tetapi mengambil seorang anak angkat iaitu Nur Tiara Zinnirah Nasih pada 2018. – Malaysiapost

Komen