Banjir: Tiga beradik maut kena renjatan elektrik di Kelantan

Banjir: Tiga beradik maut kena renjatan elektrik di Kelantan

TIGA beradik perempuan maut, dipercayai terkena renjatan elektrik di luar rumah mereka yang dilanda banjir di Kampung Bendang Surau, Morak di Tumpat pagi tadi.

Kejadian dipercayai kira-kira jam 11.45 pagi meragut nyawa mangsa yang berusia antara 20 hingga 27 tahun.

Difahamkan, seorang daripada mangsa terkena renjatan elektrik selepas memegang tiang rumah sebelum terkena pula kepada dua adiknya turut berada di hadapan rumah, lapor Berita Harian.

Ahli keluarga mangsa, Mohd Amin Mohd Nazir, 25, mengesahkan kejadian itu.

Situasi banjir di negeri itu semakin buruk di mana 80 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka melibatkan 8,637 mangsa daripada 2,583 keluarga, setakat pagi tadi.

Tenaga Nasional Berhad (TNB) Careline dalam kenyataan hari ini memaklumkan sebanyak 94 pencawang di Kelantan ditutup membabitkan empat daerah iaitu Pasir Mas 59 pencawang, Pasir Puteh (22), Tanah Merah (lapan) dan Kota Bharu (lima). – Malaysiapost

Komen