Dewan Rakyat lulus usul undi percaya terhadap Anwar

Dewan Rakyat lulus usul undi percaya terhadap Anwar

USUL undi percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diluluskan dengan mudah tanpa melalui undian belah bahagi di Dewan Rakyat, hari ini.

Keputusan itu diumumkan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul, sekali gus mengesahkan keabsahan Anwar sebagai Perdana Menteri ke-10.

Seramai 12 Ahli Parlimen mengambil bahagian dalam perbahasan usul berkenaan yang akhirya digulung oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said.

Tiada undi belah bahagi diminta oleh blok pembangkang sekali gus hanya undi suara dilakukan.

“Lebih bersuara bersetuju, usul disetujukan,” kata Johari.

Justeru, Anwar yang mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri pada 24 November lalu kini diabsahkan sebagai Perdana Menteri menerajui Kerajaan Perpaduan

Kerajaan Perpaduan dianggotai Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), GPS, GRS, Warisan dan Bebas yang memiliki 148 Ahli Parlimen.

Manakala blok pembangkang dianggotai Perikatan Nasional (PN) yang memiliki 74 kerusi Parlimen. – Malaysiapost

Komen