Jeritan kera, beruk ‘berkumandang’ di Dewan Rakyat

Jeritan kera, beruk ‘berkumandang’ di Dewan Rakyat

JERITAN kera, teriakan beruk berkumandang dalam Dewan Rakyat pada sesi petang persidangan, hari ini.

Kekecohan itu tercetus antara Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Solahuddin Hashim dari blok Perikatan Nasional (PN) dengan Mohd Sany Hamzan (PH-Hulu Langat) ketika usul undi percaya sedang dibahaskan.

Mohd Sany bangkit selepas kedengaran Awang Solahuddin berkata “Kami tidak jadi kera lah, Hulu Langat.”

Mohd Sany yang tidak berpuas hati dengan kenyataan berkenaan bangun dan menggelarkan Awang Solahuddin sebagai ‘beruk’.

“Ehh hang Pendang (Awang Solahuddin) apa? Beruk?… Hang beruk, Pendang Beruk. Dia sebut dulu (kera). Hey, dia sebut dulu kera. Ini satu lagi perangai tak elok,” kata Mohd Sany.

Bagaimanapun Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul berjaya mengawal situasi tegang itu dengan memberi amaran kepada semua Ahli Parlimen jangan agar tidak menjadi ‘batu ronson’ sehingga boleh menimbulkan kekecohan persidangan.

Johari berkata, beliau tidak akan teragak-agak untuk mengarahkan Ahli Parlimen keluar dari Dewan Rakyat sekiranya mengeluarkan perkataan yang dianggap ‘unparlimentarian’

“Semua jangan jadi batu ronson…. Dengar betul-betul sekali lagi, tak kira belah ini (kerajaan) atau belah sini (pembangkang), kalau mengeluarkan unparlimentarian dan mentafsirkan perkataan itu, unparlimentarian atau tidak adalah saya.

“Jadi kalau saya dengar YB menggunakan perkataan ‘unparliamentary’, saya akan keluarkan daripada Dewan ini,” katanya pada sesi perbahasan undi percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat, hari ini.

Pada masa sama, Johari menasihati kepada Ahli-Ahli Parlimen yang baharu supaya lebih bersabar.

“Tolong kena jaga tingkah laku khususnya ahli YB yang baharu masuk, kena belajar dulu. Just be patience,” katanya. -Malaysiapost

Komen