Johari Abdul Speaker Dewan Rakyat baharu

Johari Abdul Speaker Dewan Rakyat baharu

DATUK Johari Abdul dipilih Speaker Dewan Rakyat yang baharu selepas memperoleh undi sokongan tertinggi dari Ahli-Ahli Dewan Rakyat.

Setiausaha Dewan Rakyat, Dr Nizam Mydin Bacha Mydin ketika mengumumkan keputusan itu memberitahu, Johari memperoleh sokongan 147 undi.

Seorang lagi calon yang juga bekas Ahli Parlimen Kangar, Tan Sri Mohd Radzi Sheikh Ahmad memperoleh 74 undi.

Sebelum itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukan cadangan mencalonkan bekas Ahli Parlimen Sungai Petani tersebut sebagai calon Speaker Dewan Rakyat mewakili kerajaan dan disokong Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Ketua Pembangkang yang juga Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin pula mencadangkan Mohd Radzi sebelum disokong Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Semalam, Johari mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gurun berkuat kuasa serta-merta melalui sepucuk surat bertarikh 13 Disember lalu.

Beliau menggantikan Tan Sri Azhar Azizan Harun. – Malaysiapost

Komen