Lebih 18,000 mangsa banjir dipindahkan

Lebih 18,000 mangsa banjir dipindahkan

SERAMAI 18,628 daripada 5,534 keluarga kini ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di enam negeri akibat banjir.

Sehingga jam 7 pagi tadi, 181 PPS dibuka di Terengganu menempatkan 9,818 mangsa daripada 2,899 keluarga, manakala di Kelantan, sebanyak 80 PPS beroperasi melibatkan 8,637 mangsa daripada 2,583 keluarga, lapor Berita Harian.

Di Johor, sebanyak tiga PPS dibuka membabitkan 75 mangsa daripada 21 keluarga, diikuti dua PPS di Perak dengan 49 mangsa daripada 16 keluarga.

Masing-masing satu PPS dibuka di Pahang dan Sarawak. Seramai 40 mangsa daripada 13 keluarga di Pahang direkodkan sehingga lewat petang semalam, manakala sembilan mangsa daripada dua keluarga di Sarawak.

Sementara itu menurut laman web rasmi Public Infobanjir, 18 sungai di Terengganu, Kelantan dan Pahang melepasi tahap bahaya dengan Terengganu merekodkan 11 sungai.

Di Terengganu, sungai berkenaan membabitkan Sungai Besut di Jambatan Jerteh, Sungai Besut di Kampung La, Sungai Dungun di Jambatan Jerangau, Sungai Berang di Kampung Menerong, Sungai Peneh di Felda Mengkawang, Sungai Kemaman di Jambatan Air Putih, Sungai Tebak di Jambatan Tebak, Sungai Tumpat di Kampung Baru Kemasik, Sungai Marang di Jambatan Pengkalan Berangan, Sungai Chalok di Jambatan Chalok dan Sungai Nerus di Kampung Bukit.

Di Kelantan membabitkan Jambatan Melor, Sungai Lebir di Kampung Tualang, Rantau Panjang, Kampung Jenob di Tanah Merah, Kampung Jambu di Tumpat dan Sungai Golok di Kampung Jenob.

Di Pahang membabitkan Sungai Keratong di Jalan Kota Bahagia, Rompin yang kini melebihi tahap bahaya sebanyak 0.75 meter. – Malaysiapost

Komen