PM ketuai 222 Ahli Parlimen angkat sumpah

PM ketuai 222 Ahli Parlimen angkat sumpah

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengetuai majlis mengangkat sumpah Ahli-Ahli Parlimen di Dewan Rakyat pagi ini.

Ia kemudian diikuti dua Timbalan Perdana Menteri iaitu Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta Ahli Parlimen Petrajaya, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Seterusnya, Ahli Parlimen Seremban yang juga Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke serta Ahli Parlimen Kota Raja, Mohamad Sabu yang juga Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH).

Giliran majlis angkat sumpah itu dimulai dengan Ahli-Ahli Parlimen kerajaan, yang didahului barisan menteri dan timbalan menteri diikuti Ahli Parlimen dari blok pembangkang.

Seramai 222 Ahli Parlimen dipilih pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu. – Malaysiapost

Komen